Pihak pengurusan sekolah berhak untuk menolak pengambilan pelajar tersebut jika perlu. Jika berlaku sebarang kecemasan, pihak sekolah dibenarkan untuk mendapatkan rawatan perubatan daripada pakar perubatan yang berkelayakan atau hospital yang berdekatan untuk pelajar berkenaan. Pihak sekolah dan kakitangan tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang rawatan perubatan yang diberikan kepada pelajar atau caj perubatan yang dikenakan. Jika maklumat ini tidak dimaklumkan kepada pengurusan sekolah sebelum pengambilan pelajar, pihak pengurusan Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN berhak untuk membatalkan penerimaan pelajar tersebut sebagai pelajar Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN. Pihak Sekolah juga berhak untuk memberhentikan pelajar yang tidak mengikut peraturan dan disiplin Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN berdasarkan cadangan oleh Pengetua Sekolah dan Guru Disiplin.
Akuan Pendaftaran & Penerimaan
Saya, Bapa / Ibu / Penjaga kepada pelajar di atas, mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami isi kandungan halaman tersebut. Saya akan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan. Saya, dengan ini memahami dan bersetuju bahawa segala maklumat yang diberikan adalah betul. Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN mempunyai hak untuk menolak permohonan tersebut tanpa sebarang notis.